Sunday, January 29, 2012

Doa Semasa Hamil


Amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
dan sebagainya.



Doa semasa hamil :~

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

0 comments:

Post a Comment

Blog Doa Dan Amalan Terpuji

Blog doa dan amalan terpuji ini menyediakan koleksi bacaan doa-doa, hadis-hadis, dan zikir. Selain itu juga ia memnyediakan pengertian bagi doa-doa yang disediakan bagi memudahkan pemahaman saudara saudari.


Disini juga disediakan ruang untuk carian doa amalan bagi mempercepatkan proses pencarian, sesetengah perkataan mungkin tidak dapat dikenal pasti dan memerluksn saudara saudari mengunakan perkataan lain tetapi mempunyai maksud yang sama. Carian ini samada disambungkan dari blog doa dan amalan terpuji atau pun dari blog-blog rujukan doa yang lain yang telah disambungkan ke blog ini.


Carian Doa